Tips Meraih Kejayaan 1




Kecemerlangan atau kejayaan menjadi impian semua orang. Bagi mereka yang bergelar pelajar semestinya kecemerlangan akademik menjadi buruan. Begitu juga mereka yang bergelar mahasiswa keputusan setiap semester semestinya mengimpikan ‘dean list’.

Tetapi persoalannya, sejauhmanakah impian para pelajar dan mahasiswa ingin mendapatkan kecemerlangan yang diidamkan? Adakah kemecerlangan itu sesuatu yang mustahil untuk dicapai?

Menurut saya dan anda juga bersetuju bila saya katakan bahawa kecemerlangan atau kejayaan itu miliki kita bersama. Semua orang berpeluang untuk berjaya. Semua orang ada hak untuk berjaya. Tetapi persoalannya siapakah yang cemerlang terlebih dahulu?

Artikal kali ini akan saya kongsikan tiga tips untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang diimpikan.

Semangat

Semua orang mahu berjaya, tetapi sejauh manakah semangat mahu berjaya itu mampu dijaga sehingga kejayaan itu dicapai. Punca terhentinya langkah menuju kejayaan adalah apabila seseorang itu sudah tidak bersemangat lagi untuk berjaya. Semangat umpama percikan api yang kecil yang akan mampu menghidupkan api yang sangat besar. Begitu juga sekiranya kita mahu berjaya. Semangat umpama pembakar atau pendorong untuk kita terus melangkah walaupun pelbagai hambatan dalam perjalanan untuk mencapai kejayaan.

Mengekalkan semangat itu sebenarnya mudah. Ada banyak cara agar semangat itu sentiasa melekat dalam diri kita. Secara peribadinya, saya selalu mempraktikan teknik imaginasi kejayaan sekiranya saya mula lemah melangkah menuju kejayaan. Saya sentiasa membayangkan kejayaan yang akan diraih sekiranya saya terus kuat dan bersemangat. Saya juga sering membaca, menonton dan mendengar cerita-cerita kejayaan orang lain untuk dijadikan inspirasi dan motivasi untuk terus melangkah.

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda memiliki semangat untuk berjaya? Sekiranya belum ada lagi, berimaginasilah untuk menjemput kehadiran semangat itu untuk hadir dan meresap masuk ke dalam jiwa anda.

Bersambung…

Salam Smart..

0 comments: