• Seminar Smart Entrepreneur

    Sertai Seminar Smart Entrepreneur, anjuran Smart Method Training Consultant. Bakal melonjakkan prestasi perniagaan anda.

  • Koleksi Majalah Islamik Sinergi

    Dapatkan Majalah Sinergi sebagai bahan bacaan anda sekarang! Anda boleh menghubungi kami untuk membuat langganan setiap edisi di No Hp 019-850 6041

  • Seminar Pelajar Super

    Seminar ini akan membongkar rahsia pelajar super, tips belajar saat akhir rahsia belajar gaya "KAMPUS", the power of YES, motivasi belajar dan bermacam lagi...

  • Smart Method Training Consultant

    Sertai Kami di SMTC, anda akan teruja dengan pelbagai program SMART, yang bakal membangkitkan semangat anda. "Now Everyone Can Be Smart!"

Tips Meraih Kejayaan 1




Kecemerlangan atau kejayaan menjadi impian semua orang. Bagi mereka yang bergelar pelajar semestinya kecemerlangan akademik menjadi buruan. Begitu juga mereka yang bergelar mahasiswa keputusan setiap semester semestinya mengimpikan ‘dean list’.

Tetapi persoalannya, sejauhmanakah impian para pelajar dan mahasiswa ingin mendapatkan kecemerlangan yang diidamkan? Adakah kemecerlangan itu sesuatu yang mustahil untuk dicapai?

Menurut saya dan anda juga bersetuju bila saya katakan bahawa kecemerlangan atau kejayaan itu miliki kita bersama. Semua orang berpeluang untuk berjaya. Semua orang ada hak untuk berjaya. Tetapi persoalannya siapakah yang cemerlang terlebih dahulu?

Artikal kali ini akan saya kongsikan tiga tips untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang diimpikan.

Semangat

Semua orang mahu berjaya, tetapi sejauh manakah semangat mahu berjaya itu mampu dijaga sehingga kejayaan itu dicapai. Punca terhentinya langkah menuju kejayaan adalah apabila seseorang itu sudah tidak bersemangat lagi untuk berjaya. Semangat umpama percikan api yang kecil yang akan mampu menghidupkan api yang sangat besar. Begitu juga sekiranya kita mahu berjaya. Semangat umpama pembakar atau pendorong untuk kita terus melangkah walaupun pelbagai hambatan dalam perjalanan untuk mencapai kejayaan.

Mengekalkan semangat itu sebenarnya mudah. Ada banyak cara agar semangat itu sentiasa melekat dalam diri kita. Secara peribadinya, saya selalu mempraktikan teknik imaginasi kejayaan sekiranya saya mula lemah melangkah menuju kejayaan. Saya sentiasa membayangkan kejayaan yang akan diraih sekiranya saya terus kuat dan bersemangat. Saya juga sering membaca, menonton dan mendengar cerita-cerita kejayaan orang lain untuk dijadikan inspirasi dan motivasi untuk terus melangkah.

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda memiliki semangat untuk berjaya? Sekiranya belum ada lagi, berimaginasilah untuk menjemput kehadiran semangat itu untuk hadir dan meresap masuk ke dalam jiwa anda.

Bersambung…

Salam Smart..

Siapakah Penceramah SMTC?




Nama Penuh: RUSDI BIN RUSLI
No Kad Pengenalan: 881229-12-5307
Asal: KOTA MARUDU, SABAH
Umur: 24 TAHUN
Status: BERKAHWIN
Alamat Tetap: NO 24 LORONG RAJA UDANG 3A, TAMAN KINGFISHER, 88450, KOTA KINABALU, SABAH.

Tahap Pendidikan:

1.       Sekolah Dasar Muhammadiah Makkoring Lasiwala, Sulawesi Selatan, Indonesia. 2000
2.       Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-Pinggan, Pitas 2002-2008
3.       Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Keusahawanan) di Universiti Malaysia Sabah, 2009-2012.
4.       Master Of Business, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu 2012-2014.

Pencapaian Akademik:

1.       Pelajar Cemerlang Sekolah Dasar Muhammadiah Makkoring Lasiwala Sulawesi Selatan Indonesia.
2.       Pelajar Cemerlang Sekolah SPM 2006.
3.       Pelajar Cemerlang Sekolah STPM 2008.
4.       Pelajar Cemerlang STPM Sabah 2008. 

Posisi Dalam Kerjaya:

1.       Pengarah Syarikat Smart Method Training & Consultant.
2.       Pengarah Syarikat Hadi Muslim Shop Entreprise.
3.       Executive Marketing di Syarikat Percetakan Success Crew.
4.       Executive Marketing di Syarikat Percetakan Ahba Niaga Sdn Bhd.
5.       Motivator & Trainer di Syarikat Motivasi Neo Sinergy Training Centre.
6.       Kolumnis Tetap Majalah Sinegy Media Sdn Bhd.
7.       Penulis Buku dan Blogger.

Pengalaman Ceramah :

1.       Ceramah “Zero To Hero” Di Politeknik Kota Kinabalu, 2011
2.       Ceramah “Menyerah Jauh Dari Biasa” Di Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu 2011.
3.       Bengkel “ Smart Sains PMR” Di Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu, 2012.
4.       Ceramah “Motivasi Belajar” Di Sekolah Menengah TDM, Kota Kinabalu 2012.
5.       Ceramah “ Teknik Belajar Saat Akhir STPM” Di SMK Pinggan-Pinggan Pitas 2012.
6.       Bengkel “Pengajian AM STPM” Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pinggan-Pinggan, Pitas 2012.
7.       Ceramah “Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi” Di IKM, Sepanggar Kota Kinabalu 2012.
8.       Ceramah “Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi”  Di TM, Kota Kinabalu Sabah 2012.
9.       Ceramah “Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi” Di LHDN, Kota Kinabalu, Sabah 2012.
10.     Ceramah “Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi” Di Masjid Taman Sri Indah, Sandakan 2012.
11.     Ceramah “Belajar Al-Quran Teknik al-Baghdadi” Di Al-Baghdadi Training Centre Sabah, 2012.
12.     Ceramah “Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi” Di Business Centre, Pekan Putatan Sabah 2012.
13.     Ceramah “Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi” Di Masjid Pasir Putih Putatan, Sabah, 2012.
14.     Ceramah “Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi” Di ALC, Sulaman Sentral 2012.
15.     Ceramah “Belajar Al-quran Teknik Al-Baghdadi” Di ALC, Indah Permai 2012.
16.     Ceramah “Peribadi Pelajar Cemerlang” Di Sekolah Menengah Agama Islamiyyah, Papar  2013.
17.     Forum “Remaja & Cinta” Di Sekolah Menengah Agama Islamiyyah, Papar Sabah 2013.

Apakah Visi & Misi SMTC?





VISI
  
“Memacu Kejayaan Tanpa Batas”


MISI

1.       Membantu memanfaatkan potensi diri dengan maksimum.

2.       Membantu melihat permasalahan dari pelbagai dimensi.

3.       Memastikan diri sentiasa bersemangat, minda bersedia, dan berfikiran positif dalam apa jua kerjaya.

4.       Membantu peserta menguasai formula ‘KAMPUS Styles’ dalam kerjaya.

Semoga dengan Visi dan Misi STMC ini mampu menjadi sumber motivasi kepada kami agar perkhidmatan dan produk syarikat kami boleh membantu pelanggan-pelanggan semua mencapai cita-cita yang diimpikan.Dengan visi 'Memacu Kejayaan Tanpa Batas', SMTC akan memastikan alumni program kami akan sentiasa meraih kejayaan walaupun hanya sekecil-kecil kejayaan. InsyaAllah. 

Semoga Allah redha dengan usaha ini yang akan mengantarkan kita menuju syurga-Nya. Amin.

Siapa Smart Method Training Consultant?





Syarikat Smart Method Training Consultant merupakan syarikat motivasi yang ditubuhkan pada awal tahun 2011. Syarikat ini berpusat di Kota Kinabalu, Sabah. Setakat ini, syarikat aktif menjalankan seminar, bengkel, dan kursus kepada warga sabah yang meliputi aspek pendidikan, perniagaan, kerjaya, pembangunan sahsiah, kerohanian dan kemasyarakatan. Syarikat Smart Method Training Consultant menawarkan seminar, bengkel, dan kursus kepada sekolah, kolej, universiti, organisasi kerajaan dan organisasi swasta, usahawan, dan masyarakat umum.


Sehingga kini, alumni syarikat Smart Method Training  Consultant telah mencecah 3000 orang sepanjang syarikat ini ditubuhkan.

Dengan memperjuangkan visi syarikat iaitu “Memacu Kejayaan Tanpa Batas”, syarikat berhasrat agar semua alumni syarikat mampu mencipta kejayaan dengan bantuan kaedah smart yang cuba diterapkan disetiap modul kursus yang ditawarkan.